Tuesday, August 7, 2012

Melayu di London

Assalamualaikum,

Seronok sangat bulan puasa ni, tak payah nak fikir pasal makan kecuali time berbuka.  berbuka kat London ni okey lah sebab tuan rumah memang pure malay chef... so memang senang lah nak makan makanan Malaysia mari...

Dah masuk 2 bulan berada di sini (7 August 2012).  Banyak yan telah diperhatikan terutamanya kanak-kanak Melayu yang menerima pendidikan di sini.  Bagi saya, ibu bapa kena asas pendidikan yang kukuh untuk menjadikan anak jadi manusia di sini.  Kalau ibu bapa tidak kuat dalam mendidik memang agak sukar untuk membentuk anak-anak terutamanya dalam mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim.  Ada sekali saya terlepas cakap bahawa anak2 umur 7 tahun perlu diajat bersolat dan umur 10 jika tidak bersolat perlu dirotan.  Jawapannya, kat sini tidak boleh memukul anak2.  Jika begitu ibu bapa harus peka dengan kaedah pengajaran yang lain.  Mengajar seharusnya disertai dengan mendidik.  Ramai dalam kalangan remaja Melayu (setakat yang saya lihat) tidak bersolat.  Namun mereka bangga dengan status mereka di London.  Dulu saya pernah melihat orang yang tinggal di luar negara ini dengan pandangan yang tinggi.  Ya lah siapa yang mampu duduk di luar negara, kita pergipun sekadar melancong sahaja.  Namun bila menyedari hakikat bahawa khabar memang tak seindah rupa.  Jika mahu terua jadi Melayu Islam yang sebenar perlu ada jati diri yang tinggi.  Walau pun Chong Wei dapat silver medal je dalam Olimpik London 2012 ni namun saya tetapi bangga menjadi orang Melayu yang tinggal di Malaysia.  Saya masih mampu mendengar azan dan boleh turut solat berjemaah di masjid atau surau.  Masih mampu merancang untuk menghabiskan sisa hidup di dunia dengan menuntut ilmu akhirat.  Di sini, segalanya perlu dikukuhkan di rumah.  Jika ibu bapa tidak kuat untuk membawa anak2 ke masjid, dan mendidik untuk bersolat... kehidupa sebagai muslim itu adalah luntur sedikit demi sedikit dalam kehidupan.  Wallahualam.

No comments:

Post a Comment