Tuesday, May 6, 2014

Kesilapan utama dalam menulis tesis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dah lama tak menulis dalam blog ini disebabkan tiada masa untuk mencurahkan idea di sini.  Setelah sekian lama membaca dan membimbing pelajar tentang penulisan akademik, menulis proposal dan menulis tesis... banyak perkara-perkara remeh yang tanpa disedari dilakukan oleh pelajar.  Antaranya:
a) menganggap proposal yang mereka tulis adalah telah 'perfect' tanpa membacanya terlebih dahulu sebelum menghantar untuk disemak oleh penyelia.  Rata-rata pelajar yang menghantar draf kepada saya tidak menyedari bahawa banyak ayat mereka tergantung, banyak kesilapan ejaan dilakukan, idea tidak diatur dengan baik.  Menurut petua supervisor saya ketika mengaji time PhD dulu, read aloud apa yang kita tulis.  Jika kita sendiri dengar ayat tersebut tidak betul, tidak jelas, jangan harapkan orang lain nak faham apa yang kita tulis

b) Menganggap penyelia sebagai editor.  Perlu diingatkan bahawa penyelidikan pada peringkat PhD adalah 80% adalah bergantung kepada kemampuan pelajar dan 20% adalah effort daripada penyelia.  Penyelia pada ketika ini hanya sebagai GPS.  Jika pemandu tidak tahu basic untuk memandu, bagaimana mereka boleh sampai ke destinasi hanya dengan menggunakan GPS.  Justeru, GPS hanya sebagai penunjuk arah dan pelajar lah individu yang bertanggungjawab untuk memilih bagaimana untuk sampai ke destinasi mereka.

c) KURANG MEMBACA.  Ini adalah masalah utama yang perlu diatasi oleh pelajar.  Jika anda berminat tentang sesuatu isu dan anda telah memilih variable atau fokus untuk dikaji maka bacalah semua perkara yang berkaitan dengannya.  Asal usulnya bagaimana termasuklah isu yang nak dikaitkan dengan fokus yang nak dikaji.  Membaca bukan hanya untuk dapatkan konten sahaja tetapi untuk melihat cara penulisan individu penulis itu, bagaimana perkaitan yang dilakukan dalam mengutarakan masalah bagi kajian itu, APA style dan sebagainya.  Jadi pelajar peringkat tinggi ini, tahap pemikiran juga harus kritis.

d) You can work hard but it better if you can work smart. 

e) Terlalu mendengar kata kawan.  Wahai pelajar, kawan anda ada kerangka dan masalah kajian  yang berbeza daripada kajian anda.  Dan tumpuannya juga berbeza.  jika semua pelajar itu sama kajiannya, lebih baik kita photostat je.

Friday, May 31, 2013

Panduan menulis assignment untuk menambat hati pensyarah

Rata2 pelajar suka menulis assignment berjela-jela.  Untuk makluman pelajar semua, tak kira tahap mana pun anda, assignment lazimnya pensyarah lebih gemarkan assignment yang berciri berikut:

a) bahasa yang mudah di fahami
b) istilah yang tepat
c) tidak berjela2 (beat around the bush)
d) idea disegmen kan dengan kemas.  Jika soalan mengandungi beberapa soalan, jawapan juga perlu dibahagikan kepada beberapa sub title mengikut soalan.  Ini sangat membantu pensyarah untuk mengetahui idea yang hendak disampaikan.

Harap semua pelajar dapat mengambil iktibar daripada hal ini

Wednesday, May 29, 2013

Memanusiakan manusia

Sejauhmanakah pendidik masa kini dapat menjalankan peranan untuk memanusiakan manusia.  Banyak faktor perlu diambil kira dalam hal ini terutamanya faktor diri pendidikan dan latar belakang anak didik.  Lazimnya,  pendidik lebih gemar untuk meningkat dalam profesionalisme mereka tanpa memperdulikan kebajikan anak didik.  Namun sejauhmanakah hal ini berlaku di negara kita?

Tuesday, August 7, 2012

Melayu di London

Assalamualaikum,

Seronok sangat bulan puasa ni, tak payah nak fikir pasal makan kecuali time berbuka.  berbuka kat London ni okey lah sebab tuan rumah memang pure malay chef... so memang senang lah nak makan makanan Malaysia mari...

Dah masuk 2 bulan berada di sini (7 August 2012).  Banyak yan telah diperhatikan terutamanya kanak-kanak Melayu yang menerima pendidikan di sini.  Bagi saya, ibu bapa kena asas pendidikan yang kukuh untuk menjadikan anak jadi manusia di sini.  Kalau ibu bapa tidak kuat dalam mendidik memang agak sukar untuk membentuk anak-anak terutamanya dalam mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim.  Ada sekali saya terlepas cakap bahawa anak2 umur 7 tahun perlu diajat bersolat dan umur 10 jika tidak bersolat perlu dirotan.  Jawapannya, kat sini tidak boleh memukul anak2.  Jika begitu ibu bapa harus peka dengan kaedah pengajaran yang lain.  Mengajar seharusnya disertai dengan mendidik.  Ramai dalam kalangan remaja Melayu (setakat yang saya lihat) tidak bersolat.  Namun mereka bangga dengan status mereka di London.  Dulu saya pernah melihat orang yang tinggal di luar negara ini dengan pandangan yang tinggi.  Ya lah siapa yang mampu duduk di luar negara, kita pergipun sekadar melancong sahaja.  Namun bila menyedari hakikat bahawa khabar memang tak seindah rupa.  Jika mahu terua jadi Melayu Islam yang sebenar perlu ada jati diri yang tinggi.  Walau pun Chong Wei dapat silver medal je dalam Olimpik London 2012 ni namun saya tetapi bangga menjadi orang Melayu yang tinggal di Malaysia.  Saya masih mampu mendengar azan dan boleh turut solat berjemaah di masjid atau surau.  Masih mampu merancang untuk menghabiskan sisa hidup di dunia dengan menuntut ilmu akhirat.  Di sini, segalanya perlu dikukuhkan di rumah.  Jika ibu bapa tidak kuat untuk membawa anak2 ke masjid, dan mendidik untuk bersolat... kehidupa sebagai muslim itu adalah luntur sedikit demi sedikit dalam kehidupan.  Wallahualam.

Thursday, July 5, 2012

Restoran halal makanan Malaysia

Setakat ini ada 3 buah restoran makanan halal Malaysia yang aku tahu ada kat area Bayswater, London.  Ketiga-tiganya ada web masing-masing.  Untuk maklumat lanjut google je untuk restoran-restoran ni...
1) Bonda Cafe (Mara House)
2) Tukdin restaurant
3) Pak Awie restaurant.

Agak best makanan dia... rasa pun adalah Malaysia.  Ada juga seperti Jom Makan (Westfield and strand) dan Melur (Sussex Garden) tapi kedua-duanya telah diambil alih oleh orang asing seperti Pakistan dan Bangladesh... so rasa dia hampeh.  Gerai rasa sayang juga sediakan makahan ala melayu dan singapura... tapi tak pernah rasa sebab bila masuk ... dikendalikan oleh Chinese Singapore.  agak sukar untuk pastikan sejauh mana halalnya makanan tersebut.

Monday, June 25, 2012

Budaya penyelidikan

Hari ini ada conference peringkat King's College.  Semua pensyarah atau pelajar penyelidikan yang ingin berkongsi tentang kajian mereka akan diberi peluang untuk berbuat demikian.  Ini adalah satu usaha yang bagus memandangkan setiap pensyarah tidak tahu tentang kajian masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan seperti lompat bidang dan sebagainya.  Pada pendapat aku apa yang penting ialah dari perspektif manakah kajian itu hendak dilihat... soal ini amat penting dititikberatkan agar isu lompat bidang dapat diselesaikan dan tidak di salahanggap.  Moga budaya ini dapat diamalkan di PPIP.  Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik link di bawah.

http://www.kcl.ac.uk/sspp/research/researchconference2012.aspx

Saturday, June 23, 2012

Bilik sewa di London

Sebenarnya dah lama nak maklumkan tapi terlupa sahaja.  Sebenarnya komuniti Melayu di London ini ada satu bisnes secara private iaitu menyewakan bilik kepada pelancong atau visitor daripada Malaysia, Singapura dan mungkin Brunei.  Tapi hal ini tidak boleh dihebahkan sebab takut Council kat sini tangkap.  Ada pulak macam tu kan... tapi tak pe.  Maacam mana aku boleh dapat rumah kat London untuk 9 bulan ni.  Mula2 nak pergi sabatikal susah hati juga sebab memanglah dah lah dapat elaun sikit tapi kalau nak sewa rumah sure mahallah kan.  So Alhamdulillah, kawan yang baru balik sabatikal bagitahu ada rumah orang Melayu yang menyewakan bilik di London.  Sewa pun tak mahal cuma 500 pound.  Mak cik tu sediakan makan pagi dan malam.  Okey lah kan.  Tapi masakan makcik ni fantastic sebab dia dulu bekas chef hotel Brunei kat sini.  hahahaha... tak ke gemuksss terlebih aku.  Nasib baik aku berjalan kaki hari2 ke Tube station (lebih kurang 1.5 miles away dari rumah).  okey lah kan... kalau bilik tak de kat rumah dia, dia akan pass kat kawan dia.  Tapi rumah kawan dia tak lah se happening rumah dia ni sebab dia masaka dan makan tak berkira.  Tapi kawan dia tu.... malas nak cakaplah kan.  Kalau nak sewa harian. sebilik 70 pound termasuk makan, tak kira berapa org tapi agak2 lah kan takkan 4 orang satu bilik sebab bilik muat 2 orang je.  Reasonable lah... cuma kalau yang suka bilik air sendiri.... say good bye to this house sebab bilik air share...