Tuesday, May 6, 2014

Kesilapan utama dalam menulis tesis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dah lama tak menulis dalam blog ini disebabkan tiada masa untuk mencurahkan idea di sini.  Setelah sekian lama membaca dan membimbing pelajar tentang penulisan akademik, menulis proposal dan menulis tesis... banyak perkara-perkara remeh yang tanpa disedari dilakukan oleh pelajar.  Antaranya:
a) menganggap proposal yang mereka tulis adalah telah 'perfect' tanpa membacanya terlebih dahulu sebelum menghantar untuk disemak oleh penyelia.  Rata-rata pelajar yang menghantar draf kepada saya tidak menyedari bahawa banyak ayat mereka tergantung, banyak kesilapan ejaan dilakukan, idea tidak diatur dengan baik.  Menurut petua supervisor saya ketika mengaji time PhD dulu, read aloud apa yang kita tulis.  Jika kita sendiri dengar ayat tersebut tidak betul, tidak jelas, jangan harapkan orang lain nak faham apa yang kita tulis

b) Menganggap penyelia sebagai editor.  Perlu diingatkan bahawa penyelidikan pada peringkat PhD adalah 80% adalah bergantung kepada kemampuan pelajar dan 20% adalah effort daripada penyelia.  Penyelia pada ketika ini hanya sebagai GPS.  Jika pemandu tidak tahu basic untuk memandu, bagaimana mereka boleh sampai ke destinasi hanya dengan menggunakan GPS.  Justeru, GPS hanya sebagai penunjuk arah dan pelajar lah individu yang bertanggungjawab untuk memilih bagaimana untuk sampai ke destinasi mereka.

c) KURANG MEMBACA.  Ini adalah masalah utama yang perlu diatasi oleh pelajar.  Jika anda berminat tentang sesuatu isu dan anda telah memilih variable atau fokus untuk dikaji maka bacalah semua perkara yang berkaitan dengannya.  Asal usulnya bagaimana termasuklah isu yang nak dikaitkan dengan fokus yang nak dikaji.  Membaca bukan hanya untuk dapatkan konten sahaja tetapi untuk melihat cara penulisan individu penulis itu, bagaimana perkaitan yang dilakukan dalam mengutarakan masalah bagi kajian itu, APA style dan sebagainya.  Jadi pelajar peringkat tinggi ini, tahap pemikiran juga harus kritis.

d) You can work hard but it better if you can work smart. 

e) Terlalu mendengar kata kawan.  Wahai pelajar, kawan anda ada kerangka dan masalah kajian  yang berbeza daripada kajian anda.  Dan tumpuannya juga berbeza.  jika semua pelajar itu sama kajiannya, lebih baik kita photostat je.

No comments:

Post a Comment