Friday, June 22, 2012

Etika Penyelidikan Di King's College London

Sebelum datang ke London ni, aku ada plan untuk ke sekolah untuk kumpulkan data agar perbandingan antara sekolah di Malaysia dan London boleh dilakukan.  Walau bagaimanapun, usaha itu kena ada strategi sebab melakukan research menggunakan nama KCL ni agak sukar.  Sewaktu bersembang dengan rakan ofis aku daripada China yang sedang menjalankan kajian tentang psiko lnguistik kanak-kanak di sini dan di China, untuk pergi ke lapangan, penyelidik perlu mengisi borang terlebih dahulu, melalui interview terlebih dahulu, pergi ke sekolah dan mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu, barulah boleh.  Kemudian perlu dibuat declaration bahawa kita tak pernah ada jenayah yang melibatkan kanak2 di mana2 negara sekali pun.  Sungguh ketat proses dan prosedurnya...  itu menyebabkan aku kena fikir beberapa kali dan perlu berbincang semula dengan hos aku Dr Bob Burstow.  Mungkin dia ada cara untuk bantu aku... kalau aku kena buat semua prosedur tu mungkin sampai balik Malaysia keje tu tak selesai... nak buat macam mana... inikan universiti tersohor... layan....

No comments:

Post a Comment