Sunday, February 26, 2012

Personaliti guru

Guru yang digemari murid digambarkan atau dicirikan dengan pelbagai ciri.  Ciri-ciri tersebut diramgkumkan ke dalam beberapa aspek seperti tingkah laku guru kepada murid sebagai pengajar, pelatih, kaunselor dan sebagai pengganti ibu bapa semasa murid berada di sekolah.  Namun sepanjang pengamatan dan pembacaan kajian-kajian berkaitan dengan isu ini, guru yang sentiasa mendapat perhatian murid ialah guru yang mampu memberikan pengajaran yang berkesan terhadap murid.  Pengajaran yang berkesan boleh dijelmakan melalui kesungguhan guru, pendekaran pengajaran yang digunakan, suara yang jelas, berkomunikasi dengan baik ketika mengajar, faham akan murid yang diajar dan mengajar tidak 'syok sendiri'.  Ada segelintir guru terutamanya guru novis yang mengajar murid seperti melakukan pembentangan di dalam kelas-kelas tutorial.  Hal ini perlu dielakkan bagi mendapatkan suasana pengajaran yang kondusif.

1 comment: